Monday, February 22, 2010

KARAOKE

Karaoke....saya meminta Mama pasangkan DVD karaoke Lagu Kanak2 untuk saya. Saya tidak menyempat untuk berkaraoke sedangkan Mama dan Babah baru pulang kerja.

Biasanya, asyik Mama dan Babah saja yang menyanyi. Kali ini biarlah giliran saya pula kerana mereka sedang sibuk memasak di dapur untuk 'dinner'.

Tapi, saya masih belum pandai membaca.
Puas saya melihat ayat yang keluar dari skrin, tapi saya masih belum faham.

Jadi, saya menyanyi dengan menggunakan bahasa saya sendiri.




Sunday, February 21, 2010

The Chicken Rice Shop

Kami sempat singgah ke Alamanda Putrajaya untuk menikmati sajian makanan di The Chicken Rice Shop. Ha...kali ini, banyak menu yang dipesan oleh Babah yang sedang lapar dan kepenatan setelah jalan2 dan melihat rumah Semi-D yang baru siap dibina di kawasan rumah kami. Mereka berangankan rumah baru lagi ataupun tengok interior design rumah. Hehehe...

Mmmm...sedapnya. Di sini memang banyak pilihan makanan yang sesuai dengan saya. Ianya tidak terlalu pedas.

Babah kata Rojak Buah ini memang sedap dimakan. Kuahnya cukup rasa dan pedas dengan cili api yang dipotong kecil.

Ayam panggang ini pula berserta kuah lemak masam masin. Kalau makan ayamnya, lebih selera kalau dimakan dengan kuah tersebut.

Ayam 'steamed' memang sedap dimakan dengan nasi ayam. Ditambah pula dengan sayur Pakchoi bersos tiram.

Oleh kerana saya terlalu kenyang makan nasi dan sup, saya tidak mahukan lauk ayam lagi. Saya memang suka makan nasi berperisa tanpa lauk. Babah dan Mamalah yang menghabiskan kesemua makanan tadi. Licin...kami memang lapar.

Tuesday, February 16, 2010

DALAM PERJALANAN PULANG DARI 'PUTRAJAYA LAKESIDE'

Inilah dia 'Pullman Hotels dan Restaurants' Putrajaya.

Gambar yang diambil Mama hanya dari dalam kereta kerana cuaca yang panas. Mama sempat juga mengambil gambar Mahkamah Putrajaya.
Selain itu, sempat juga kami singgah ke Taman Wawasan, Putarajaya yang berdekatan Wisma Putra. Tetapi oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan Mama pula demam, kami batalkan saja niat untuk pergi melawat taman tersebut kerana banyak aktivit 'walking' di dalamnya. Kami agak keletihan berjalan2 di Putrajaya sempena hari cuti umum yang panjang.

Putrajaya Lakeside

Saya dan Babah sedang asyik mengamati keindahan pemandangan Tasik Putrajaya.
Mama pula bergaya dengan topi barunya. Maklumlah...hari panas, tapi sempat juga 'berposing'.
Kalaulah saya dapat menaiki menara yang tinggi itu, mungkin saya boleh melihat keseluruhan tasik tersebut dan sebahagian Putrajaya.
Di sinilah terdapat pelbagai aktiviti sukan air. Memandangkan hari tersebut merupakan Tahun Baru Cina, keadaan gelanggang air menjadi lengang tanpa penonton dan pemainnya.
Sebelum menaiki kereta untuk pulang, saya sempat bergambar dengan berlatarbelakangkan 'Putrajaya Lakeside' dan 'Pullman Hotel and Restautants' dari jauh.
Memang cantik pemandangan di situ.

BOLA UJI MINDA

Saya ada 2 cara bermain bagi Bola Uji Minda ini. Mula2, keluarkan semua segala isi bola tersebut.

Eh.. eh, ke mana pulak tu?Ha..sebenarnya saya sedang bermain dengan cara tersendiri saya. Pusing2 bola. Hehehe...
Ha...akhir sekali, barulah saya berkemas dan masukkan kesemua isi bola tadi ke dalamm lubang yang sesuai mengikut saiznya masing2 setelah puas bermain pusing bola tadi.

AKTIVITI MEMANCING

Hahaha....inilah aktiviti memancing saya. Saya amat sukakan permainan ini.
Aktiviti memancing kali ini berlainan sikit.
Selalunya orang memancing ikan, tapi kali ini saya memancing itik.
Ha..seronok kan? Mana tidaknya, mudah saja.
Kenakan saja mata kail pada sasaran kita iaitu itik tadi. Tengok saya buat ni.
Ha...dah dapat dah kan? Hehehe...
Kan senang tu...heheehe

Monday, February 8, 2010

KERETA IDAMAN

KERETA MAINAN SAYA

Saya ada 5 kereta Ferrari. Ha.. Babah kumpulkan kesemua kereta ini dengan membelinya di Shell.

Untungnya saya dapat bermain dengan kereta yang disukai.

Tapi, biasalah...mesti ada tayar yang tercabut.

Kadang2 sudah menjadi hobi saya, suka menggigit tayar kereta mainan sendiri
. Ish.. ish.. ish..



Tuesday, February 2, 2010

MEDAN SELERA PUTRAJAYA



Setelah bermain air di kolam renang Presint 9, kami singgah ke Medan Selera berdekatan untuk menjamu selera.

Di sana ada bermacam2 gerai yang membolehkan kita memilih makanan yang digemari.

Saya pula sempat membeli mainan di siutu sementara menunggu Babah dan Mama membeli makanan.

Antara menu kami ialah mee sup, mee rebus dan sup tulang merah yang dimakan dengan roti.

Mama kata, sup tulang merah adalah makanan yang tidak pernah dimakannya dan ini adalah buat kali pertama dan cukup sedap.

Ha..sedap....

KOLAM RENANG DI PRESINT 9, PUTRAJAYA

Kami pergi ke Putrajaya untuk bermain air.

Pada mulanya saya agak takut untuk mencecah badan ke air. Tetapi setelah Babah mengajar saya, saya semakin berani terutamanya dengan pelampung.

Babah mengajar saya cara2 untuk berenang.

Seronoknya di situ, ada air pancut yang keluar dari lantai dan saya boleh bermain dengannya.

Walaupun tempatnya tidak terlalu besar, ianya cukup menarik perhatian saya.



TABUNG

Ini tabung pertama saya. Mama sengaja belikan saya jenis tin supaya tidak mudah pecah. Walupun bersaiz kecil dan ringkas tetapi warnyanya cukup cantik.

Saya perlu belajar menabung untuk simpanan saya sendiri. Jika saya mendapat pemberian wang daripada sesiapa, bolehlah saya menabungnya.

PULIH


Ini antara robot atau koleksi saya yang sudah semakin pulih setelah komponennya yang pernah hilang sudah dijumpai.


DARI VIETNAM

Bila sebut tentang pemberian, Mama pun ada mendapat ole2 daripada Pak Ngah yang baru balik dari Vietnam. Seronoklah Mama...

Untuk saya mana???

SAGUHATI

Ha...ini topeng muka yang saya dapat daripada 'nursery'.

Saya pun memakainya sambil bergaya dengan topi NIKE saya.

Pada mulanya saya tidak perasan akan pemberian tersebut di dalam beg sekolah saya. Rupa2nya banyak gula2 dan coklat di dalamnya.

Bestnya 'nuysery' saya...