
Salam semua, saya dah sihat jadi mama membawa saya berjalan-jalan dengan menaiki basikal.














Sebelum menghantar Mama ke Putrajaya untuk berkursus di IPN Sabak Bernam, Mama sempat mengajar saya untuk membuat garisan lurus.
Maklumlah saya baru mendapat peralatan menulis dan mewarna baru, jadi saya gunakan sepenuhnya.
Walaupun saya belum begitu pandai membuat garisan lurus, saya telah mengulangnya beberapa kali untuk berlatih.


Melayu dan saya teringatkan suasana Hari Raya. Maklumlah ini kali pertama saya pergi melihat para jemaah menunaikan solat Jumaat. Cuaca panas terik pula menambahkan lagi rasa lapar kami sekeluarga. 


Karaoke....saya meminta Mama pasangkan DVD karaoke Lagu Kanak2 untuk saya. Saya tidak menyempat untuk berkaraoke sedangkan Mama dan Babah baru pulang kerja. 
