Monday, April 5, 2010

Mama dan saya


Salam semua, saya dah sihat jadi mama membawa saya berjalan-jalan dengan menaiki basikal.

Salam Semua


Salam semua, saya berehat di rumah opah semasa kena demam. Saya tidak tahan panas jadi pakai lampin lagi senang. Mama memangku saya yang kegatalan disebabkan demam cacar air ni.






Kawan-kawan boleh lihat gambar saya, muka saya yang cute pun kena. Saya dalam perjalanan pulang ke shah alam setelah 4 hari berada di rumah opah saya di ipoh.






























Saturday, March 20, 2010

Demam Chicken Pox

Alahai...saya demam la...'Chicken pox' pula tu.. Rindu betul saya pada blog ini. Sudah 2 minggu saya tidak ke 'nursery'. Oklah...jika ada masa, bolehlah saya bercerita lagi. Bye bye kawan2. Bye semua...

Friday, March 5, 2010

MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Ha...di mana ini? Rupanya Mama dan Babah telah mengajak saya untuk pergi ke Selera Putra. Sementara menunggu bas IPN yang Mama akan naiki, kami sempat bergambar di beberapa tempat menarik berdekatan Masjid Putra. Kebetulan bas IPN akan tiba di situ juga.

Sempat juga kami menjamah salad dan minuman ringan di Nandos. Saya amat seronok ketika itu kerana boleh melihat bot yang sentiasa menanti penumpang dan keindahan pemandangan di sekitarnya. Saya tidak sabar untuk menaikinya dan bilalah peluang itu akan dapat dirasa. Seronoknya....


Akhirnya, setelah saya tahu masa semakin singkat untuk berdamping dengan Mama, saya berasa amat sedih. Malah saya menangis setelah melihat Mama yang sedang menaiki bas IPN. Pasti saya rindukan Mama nanti...sedihnya.

GARISAN LURUS

Sebelum menghantar Mama ke Putrajaya untuk berkursus di IPN Sabak Bernam, Mama sempat mengajar saya untuk membuat garisan lurus.
Maklumlah saya baru mendapat peralatan menulis dan mewarna baru, jadi saya gunakan sepenuhnya.
Walaupun saya belum begitu pandai membuat garisan lurus, saya telah mengulangnya beberapa kali untuk berlatih.

Thursday, March 4, 2010

GARDEN CAFE, SHAH ALAM


Setelah selesai solat Jumaat bersama Babah di Masjid Batu 3 Shah Alam, kami singgah pula ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk menikmati santapan tengahari. Kerana itu saya memakai baju Melayu dan saya teringatkan suasana Hari Raya. Maklumlah ini kali pertama saya pergi melihat para jemaah menunaikan solat Jumaat. Cuaca panas terik pula menambahkan lagi rasa lapar kami sekeluarga.


Babah dan Mama memesan Honey Dew Milk Shake, 2 set Nasi Ayam, Mee dan Peach Milk Shake. Bolehlah...

Monday, February 22, 2010

KARAOKE

Karaoke....saya meminta Mama pasangkan DVD karaoke Lagu Kanak2 untuk saya. Saya tidak menyempat untuk berkaraoke sedangkan Mama dan Babah baru pulang kerja.

Biasanya, asyik Mama dan Babah saja yang menyanyi. Kali ini biarlah giliran saya pula kerana mereka sedang sibuk memasak di dapur untuk 'dinner'.

Tapi, saya masih belum pandai membaca.
Puas saya melihat ayat yang keluar dari skrin, tapi saya masih belum faham.

Jadi, saya menyanyi dengan menggunakan bahasa saya sendiri.