Thursday, January 28, 2010

PALING SEKSI

Ha.. ini iklan pampers ke... iklan topi??

Pampers belum sempat dipakaikan, mata saya sudah terpukau dengan cerita yang disiarkan di kaca TV.

Tapi yang seksinya saya, walaupun belum ber'pampers', saya sudah pun bertopi. Saya seorang yang bergaya. Hehehe...

KUAK LENTANG

Bestnya tidur ini. Nanti kejaplah.

Susahnya nak buka mata ini. Yeahhh...

Itulah saya setiap pagi. Babah selalu memanggil nama saya dahulu untuk kejutkan saya dari tidur. Tapi saya memang liat untuk bangun. Rasa empuk tilam baru di katil 'pull out' menambahkan lagi kenikmatan tidur saya. Tidak berbaju pula memang menjadi kebiasaaan. Saya memang tidak suka berbaju...

Wednesday, January 27, 2010

KERETA CONTROL




Inilah serpihan kereta 'control' saya... Babah sudah belikan saya kereta ini dan bermain bersama saya. Malangnya kedua2 kereta tersebut sudah dikopak oleh saya. Sebenarnya sayaberasa hairan bagaimana ianya boleh bergerak. Kerana itu saya telah mengkaji dan mengujinya dengan cara tersendiri. Saya mahu belajar. Ha.. akhirnya ianya hanya tinggal rangka. Tayar dan badannya sudah tercabut. Mmm... saya mahukan yang baru tetapi Babah marah dan tidak mahu belikan lagi. Sedihnya... maafkan saya Babah.

UPIN & IPIN






Haa...ada lagi kartun yang saya gemari. Babah telah belikan saya beberapa siri DVD untuk cerita Upin dan Ipin. Saya amat sukakan suasana cantik kartun itu. Lagipun ianya Bahasa Malaysia, mudahlah saya faham dan ikut percakapan watak mereka. "Betul betul betul". 'Movie' pertama yang dikeluarkan untuk cerita kartun ini ialah 'Geng'. Bila pula nak keluar yang baru...saya tak sabar lah.

Tapi saya sudah rosakkan DVD tersebut. Disebabkan saya terlalu sayang dengan DVD itu, saya selalu pegang dan bermain dengannya. Saya tidak tahu ia boleh menyebabkan DVD rosak. Selain itu, DVD itu juga selalu menjadi permintaan harian saya untuk dimainkan. Akhirnya tayangan gambarnya juga sudah tersekat2.

Tuesday, January 26, 2010

DEMAM

Apabila demam, Mama atau Babah akan berikan saya ubat ini. Saya cuba mengenal rupa dan huruf yang tertera
pada ubat itu.

Apa yang tercatat pada label ubat ini Mama? Saya belum tahu membaca dan mahu belajar.

Saya budak yang cerdik. Saya mahu pastikan ianya adalah ubat yang betul sebelum menggunakannya.

Saya bimbang tersalah ubat.

BUKU SAYA


Ha..inilah buku2 saya. Saya amat suka melihat dan mengenal gambar2 dalam buku tersebut. Sebenarnya ada banyak lagi tapi saya sudah koyakkan kerana nipis. Kerana itu Mama belikan buku yang keras.

Monday, January 25, 2010

BERMALAM DI BANGLO A'FAMOSA RESORT, 2009

Kenangan bersama kaum keluarga dan sanak saudara memang sangat seronok. Tapi saya tidak berbaju malam itu kerana memang hobi saya.

Saya dapat hadiah daripada Nenek. Yea... oleh kerana saya jarang berbaju, Nenek hadiahkan saya sepasang baju. Terima kasih Nenek.

Budak lain pun dapat hadiah juga. Orang besar perlu jawab soalan Nenek dulu kalau nak hadiah.

Ha..yang paling seronok Mamalah.. Mama dapat hadiah hamper untuk orang perempuan sebab Mama dapat jawab soalan Nenek. Dapatlah saya tumpang seronok sekali.




KENANGAN DI SAFARI A'FAMOSA RESORT, 2009





Hai kawan2..jom jalan2. Saya mahu berkongsi pengalaman bersama kawan2 tentang Safari di A' Famosa Resort, Melaka. Ha...tempat tu memang seronok tapi saya telah menangis seharian sepanjang menaiki 'truck' yang kami naiki. Mana tidaknya, saya dapat rasakan 'feelings' yang betul2 'real' sepanjang berada di sana kerana kita akan betul2 berhadapan dengan binatang2 yang kita tidak pernah jumpa di luar sana.

Walaupun saya pernah ceritakan pada laman sebelum ini, saya tidak mahu ketinggalan mencatatkan sejarah dalam hidup yang tidak pernah dialami dengan gambar2 yang tiada sebelumnya.

Gambar2 yang diambil Mama juga dari dalam 'truck' tersebut.

TAPAK TANGAN AUS




Ini adalah hasil seni pertama saya yang berusia 2 tahun 5 bulan. Tapak tangan dengan pelbagai warna. Cikgu telah mengajarnya di 'nursery' untuk melihat kebolehan dan kecenderungan saya di tahap mana.

Saya amat berbangga dengan hasil tersebut sehingga saya tertidur dengan meletakkannya di sisi badan. Akhirnya Mama mengambilnya untuk dilekatkan di dinding bilik saya.

HELIKOPTER


Babah saya masih menyimpan helikopter yang dibelinya dari Hong Kong. Dia membelinya sewaktu Mama mengandungkan saya. Saya amat berminat dengan 'heli' tersebut tetapi Babah tidak pernah turunkannya dari atas almari saya.

Oleh kerana saya sudah mendesak, akhirnya Babah tidak sampai hati melihat saya menangis dan memberikan saya 'remote control' untuk 'heli' itu.


Haa.. baru2 ini saya sudah patahkan kabel besi 'remote control' itu. Saya harap Babah tak marah... Aus yakin Babah boleh betulkan, kan kan kan? Maafkan saya Babah..

KERETA PERTAMA


Kereta pertama saya yang dibeli Mama masih menjadi tunggangan saya walaupun saya sudah berusia lebih 2 tahun dan mempunyai 3-cycle yang baru. Saya masih simpan ia dengan elok dan bermain cermat. Cuma kadang2 saya rasa sedih kerana ada abang atau kakak besar yang naik kedua2 kereta saya sedangkan umur mereka sudah tidak layak untuk menaikinya. Kesian lah saya.

GELUNGSUR


Mama dan Babah mengajak saya pergi ke Toys R Us di Subang Parade. Saya mula rambang mata melihat pelbagai jenis permainan yang dijual di sana.

Pada mulanya, mereka mahu belikan saya Ball Shooter untuk melatih saya menjaringkan bola. Harganya juga lebih murah daripada pilihan kedua, gelungsur. Akhirnya, mereka membelikan saya gelungsur yang selama ini menjadi idaman saya kerana saya boleh jadikan rumah sebagai 'outdoor activities' atau 'playground' dalaman.

HADIAH 'BIRTHDAY'

Hadiah 'birthday' ke-2 saya ialah kereta mini besi. Saya yang memilih sendiri kereta bersaiz kecil itu.

Mama dan Babah pilihkan kereta besi berlampu yang besar berharga lebih RM70 tapi saya anak yang baik dan tidak suka membazir. Kerana itu saya memilih yang berharga RM10 je..Sebenarnya ianya mudah untuk dibawa ke mana2. Hehehe

BARANG TERSOROK



Ha.. saya boleh nampak barang yang tersorok di atas rak buku saya. Walupun ianya tinggi, saya tetap boleh nampak dari bawah dan selalu meminta Mama untuk ambilkan. Babah kedekut lah.. kenapa tak mahu turunkan? Saya nak tengok juga.

Selalunya Mama akan dukung saya untuk melihat ke atas rak. Mmm..bilalah dapat tengok sepuasnya?

ROBOT SIMPANAN

Ini pula antara robot2 simpanan yang masih tidak berusik lagi oleh sesiapa dan elok tersimpan di dalam kotak. Ianya masih baru dan rasanya Babah memesannya dari Hong Kong. Entahlah..saya tak tahu.

Punyalah Babah sayangkan robot ini, saya tidak dibenarkan menyentuhnya langsung. Katanya tunggu saya besar, baru boleh buka. Saya semakin tidak sabar untuk membesar. Besar macam orang besar ke baru boleh? Jangan2 orang besar yang nak main...! Hwa...



KOLEKSI ROBOT

Ini pula koleksi robot yang Babah belum bukakan lagi untuk saya. Ianya bukan untuk bermain tetapi sekadar pameran di bilik saya agaknya. Saya tidak sabar untuk melihatnya. Kenapa Babah masih simpan lagi robot ini? Mungkin bimbang saya rosakkan...huhuhu

ROBOT

Ini antara robot2 yang menjadi hiasan bilik saya. Saya memang minat robot2 termasuk cerita kartun ataupun 'real movie'. Sebab itulah saya boleh melayan cerita Ben 10, Transformers dan sebagainya. Lihatlah robot saya, ada yang sudah kehilangan sayap hijau di badan belakangnya.

Ha.. kepada pencinta robot, pasti kengkawan boleh tahu apa yang kurangnya pada robot2 saya ini! Maklumlah..saya sangat suka bermain dan berasa hairan bagaimana robot boleh dihasilkan.

Oleh kerana itu, saya telah membuat kajian dengan cara tersendiri dengan mengopak apa yang patut dan cuba memasangkan semula.

Mama dan Babah selalu menjadi mangsa saya untuk dijadikan 'assistant' memasang semula robot2 itu.



Kerana itu, Babah ada belikan saya robot yang tidak perlu dipasang sendiri atau dibuka komponennya. Cuma satu kelemahan robot jenis itu, ianya tidak boleh dipasang langsung jika ada bahagiannya yang patah.

Alamak..itulah antara perkataan yang saya sudah mula belajar dari orang besar. Saya sudah cederakan robot lah. Ada yang tidak boleh dipasang semula kepada bentuk asal kerana ada komponennya yang hilang.

'TOYS'

Toys saya yang selalu menjadi mainan saya. Ianya disusun di atas meja solek bilik saya sendiri.

Lihat Abu The Lion dan Monkey yang bersidai di tepi Player, itu antara kenangan sewaktu saya pergi ke Safari A'Famosa Resort, Melaka.

Itik yang berwarna kuning itu pula dibelikan oleh Nenek sewaktu saya berumur kurang setahun.

Beg Garfiled, Sponge Bob dan Bear tidak lagi digunakan kerana saya sudah ada beg yang baru.

BILIK AUS




Inilah bilik saya. Serba putih. Apabila dihias dengan 'toys' dan barang permainan yang lain, ianya nampak lebih berseri.

'Toys' dan barang2 berharga disusun di atas meja solek dan rak yang terlekat di dinding menambahkan lagi keceriaan bilik itu.

Saya sukakan suasana ceria itu dan selalu belajar dengan buku2 bergambar di dalam bilik saya.


Ha...lihatlah meja saya yang dibeli Mama. Saya sudah ada meja belajar sejak berumur 1 tahun.

Sunday, January 24, 2010

AUS DI RUMAH NENEK

Saya suka bermain buaian di rumah Nenek. Lagipun saya tiada buaian sendiri di rumah. Selain itu, seat burung di situ selalu menjadi mainan saya. Saya sukakannya..

Sekarang saya sudah semakin besar
. Oleh kerana topi yang saya pakai semakin sendat, saya akan memakainya dengan agak terbelakang sikit. Jambul rambut pun kadang2 kelihatan terjurai. Saya selesa dengan topi tersebut sehingga sukar untuk Mama dan Babah mencari gantinya. Biasanya topi yang lembut adalah untuk perempuan.

Eh eh..nampaklah kaki saya yang banyak bintang itu.. Lupa lah nak cover...Sepatutnya saya perlu memakai seluar panjang kalau mahu bergambar.