Wednesday, January 20, 2010

TIARA BEACH RESORT

Bercuti di Negeri Sembilan 2008

Rupa2nya sudah banyak tempat yang mereka bawa untuk dilawati. Cuma saya saja yang mungkin terlupa kerana masih kecil. Apabila terpandang gambar2 yang lepas, saya akan cuba mengingati semula setiap detik keseronokan lalu.

Saya yang masih berusia 7 bulan ketika itu, masih belum boleh berjalan dan hanya merangkak.

Apabila melihat wajah saya yang masih bayi itu, saya akan berasa bahagia dan tersenyum sendiri lalu berkata,"Mama..ini Aus ni..Baby Aus".

Ketika itu, saya cukup seronok dapat merasai suasana bermain dan merangkak di dalam air dan di tebing2 pantai buatan. Ada juga seorang pelancong Taiwan yang bergambar dengan saya setelah meminta kebenaran daripada Mama dan Babah. Saya hampir menangis kerana takut, akhirnya pelancong itu kembalikan saya semula kepada mereka setelah sudah puas bergambar.

No comments:

Post a Comment