Wednesday, January 20, 2010

AUS DI HARI RAYA

Beraya Aidilfitri Di Rumah Nenek, 2009-1

Kami sekeluarga ada 2 tema warna untuk hari raya. Pink dan kuning. Mama dan Babah sudah pilihkan warna pink untuk saya. Kali ini saya menjadi Mat Jambu pula kerana warna yang dipilih mereka.


Apa2 pun, saya sangat gembira kerana raya tahun itulah saya baru dapat menikmati hari mulia itu. Saya juga sudah pandai bermain bersama sepupu sepapat yang ada ketika itu.


Gambar saya bersama Babah memang payah nak dilihat kerana Mama kurang pandai untuk mengambil gambar.






Eh..eh..saya malulah pulak sampai tutup muka dengan tangan. Sebenarnya saya silau ketika itu sehingga tidak boleh mencelikkan mata.












Haa..ok sikit nak celik mata. Lain kali ambillah gambar di tempat yang redup.



Inilah gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2009 bersama sepupu2. Tetapi semua gambar saya mesti sedang memegang duit raya yang baru saya dapat. Maklumlah, saya sudah pandai menilai wang. Bak kata Mama, Aus tak habis2 mengira wang.

No comments:

Post a Comment