Monday, January 25, 2010

ROBOT

Ini antara robot2 yang menjadi hiasan bilik saya. Saya memang minat robot2 termasuk cerita kartun ataupun 'real movie'. Sebab itulah saya boleh melayan cerita Ben 10, Transformers dan sebagainya. Lihatlah robot saya, ada yang sudah kehilangan sayap hijau di badan belakangnya.

Ha.. kepada pencinta robot, pasti kengkawan boleh tahu apa yang kurangnya pada robot2 saya ini! Maklumlah..saya sangat suka bermain dan berasa hairan bagaimana robot boleh dihasilkan.

Oleh kerana itu, saya telah membuat kajian dengan cara tersendiri dengan mengopak apa yang patut dan cuba memasangkan semula.

Mama dan Babah selalu menjadi mangsa saya untuk dijadikan 'assistant' memasang semula robot2 itu.



Kerana itu, Babah ada belikan saya robot yang tidak perlu dipasang sendiri atau dibuka komponennya. Cuma satu kelemahan robot jenis itu, ianya tidak boleh dipasang langsung jika ada bahagiannya yang patah.

Alamak..itulah antara perkataan yang saya sudah mula belajar dari orang besar. Saya sudah cederakan robot lah. Ada yang tidak boleh dipasang semula kepada bentuk asal kerana ada komponennya yang hilang.

No comments:

Post a Comment