Wednesday, January 20, 2010

AQUARIA KL 1ST JANUARY 2010

Pengalaman Pertama

Saya sangat gembira pada hari itu kerana Babah membawa saya melawat ke tempat yang saya belum pernah sampai. Haa..besar sungguh ikan2 di sana. Kebetulan saya memang sukakan ikan. Walaupun mereka ada yang lebih besar daripada saya, suara tangis seperti di Safari A Famosa Resort dulu tidak kedengaran.
Malah saya sentiasa mengomel sambil bercerita dengan bahasa saya sendiri pada Mama dan Babah. Mereka hanya tergelak mendengar celoteh saya kerana tidak fahamkan bahasa itu.

Sebenarnya saya amat kagum dengan ikan Arapaima yang besarnya seperti Mama saya. Saya agak tidak sabar untuk melihatnya lagi sehingga payah Mama mahu menahan saya dengan 'pose' tersebut.
Akhirnya kami pulang semula ke Putrajaya dengan menaiki tren Rapid KL dan KL Transit. Walaupun saya mengantuk ketika dalam perjalanan pulang, saya tetap menahan mata daripada terpejam kerana sayangkan pemandangan cantik di luar sepanjang perjalanan. Mama dan Babah tertidur silih berganti untuk memastikan saya sentiasa selamat sewaktu perjalanan. Bye Bye ikan besar. Bye Bye

No comments:

Post a Comment