Wednesday, January 20, 2010

AUS DI A'FAMOSA, MELAKA 2009


BAHAGIAN 2

Sebelum kami beransur dari Safari A'Famosa, kami telah singgah di kedai2 yang berada di situ. Babah telah membelikan saya 'toy lion' dan Babah namakan dia Abu The Lion sempena lawatan kami ke sana.

Kami bermalam di banglo berdekatan dan pelbagai aktiviti menarik yang kami lalui sepanjang malam tersebut. Saya dan sepupu2 juga ada menerima hadiah daripada Nenek. Makanan pula disediakan oleh Atuk. Mmm..seronok.
Keesokan harinya, kami telah singgah ke Bandar A'Famosa.
Saya menaiki stroller kerana Mama atau Babah tidak larat untuk mendukung saya selalu.


Setelah semalaman Mama mendukung saya di Safari A Famosa Resort semalam, saya perlu menaiki s
troller pula pada hari berikutnya. Saya juga puas menangis semalam ketika menaiki truck di dalam Safari itu.

Pada kali ini saya sudah tidak takut lagi kerana Kota A Famosa bukanlah
tempat yang banyak binatang.

Kami telah mendaki tangga bukit untuk sampai ke sana dan boleh melihat pemandangan di sekitar kota Melaka.

No comments:

Post a Comment