Wednesday, January 20, 2010

AUS DI A'FAMOSA, MELAKA 2009


BAHAGIAN 1
Inilah gambar
Mama saya dan saya. Saya suka berdukung. Lagipun saya takut masa tu. Saya jerit dan menangis kerana takutkan pada binatang.


Oleh kerana saya suka berdukung, Mama panggil saya Baby Besar.
Tengoklah pada unta itu.. Dia bergesel2 seperti meminta makanan. Takutlah saya. Saya semakin erat mendakap Mama sambil memandang pada unta itu kerana bimbang diapa2kan.
Berani betul Mama menyentuh keldai. Bukankah baunya busuk? Saya hanya berani melihat.


Kami sempat pergi melihat 'animal show' dengan pelbagai pertunjukan menarik. Tetapi tidak untuk saya kerana saya amat takut dan pelik dengan binatang2 tersebut. Sekali lagi saya menangis dan berpeluk dengan Mama. Mama amat penat mendukung saya dan akhirnya boleh duduk di 'seat' yang disediakan.
Saya sentiasa menghadap Mama kerana mahu berpeluk saja. Maklumlah...takut saya masih ada selagi belum selesai berada di situ.

No comments:

Post a Comment