Wednesday, January 20, 2010

AUS DI A'FAMOSA, MELAKA 2009


BAHAGIAN 3

Sebelum saya mengakhirkan cerita saya, saya sertakan gambar Mama yang sedang menunggang unta. Saya tidak sertai sekali kerana saya amat takut pada binatang. Pada waktu melihat Mama, saya menangis kerana bimbangkan Mama yang sedang tunggang kuda.

Ini pula gambar saya, Mama dan Babah. Ini adalah destinasi terakhir kami. Sebelum pulang, kami sempat bergambar. Mama ada kata, mereka pernah singgah dan bergambar di tempat yang sama sewaktu mengandungkan saya. Akhirnya saya juga turut bergambar di sini setelah dilahirkan dan membesar.



Haa..siapa lagi kalau bukan Aus yang sedang berkaca mata hitam. Ini gambar ketika perjalan pulang dari Melaka ke rumah. Tapi 'spek' hitam tu sudah pun dipatahkan oleh saya dan tidak boleh digunakan lagi. Kasihan Babah kerana sebenarnya 'spek' tu 'original'. Saya pula rosakkannya. Maafkan saya Babah...

No comments:

Post a Comment