Wednesday, January 20, 2010

AQUARIA KL 1ST JANUARY 2010

TREN

Saya sedang menunggu tren KLIA Transit ke KL Sentral. Sementara menunggu, saya sempat bergambar dengan Mama.

Lihatlah 'spek' hitam saya yang baru. Kali ini, Babah terpaksa belikan 'spek' hitam lain kerana saya sudah patahkan 'spek' yang lama. Babah belikan untuk dipakai ketika berjalan2 pada hari yang panas. Tapi kedang2 saya suka memakainya di dalam rumah walaupun waktu malam. Hehe...saya seorang yang suka bergaya.



Ok..ini pula sewaktu saya berada di dalam tren. Saya tidak lepaskan pandangan yang belum pernah saya alami ke luar tingkap tren. Memang seronok!



Saya duduk bersebelahan dengan Atuk Ipoh yang sudah beberapa hari 'stay' di rumah saya. Saya ingin menghantarnya sampai ke KL Sentral untuk pulang ke Ipoh. Setelah tiba di sana, saya sempat bergambar pula bersama Atuk. Bye Bye Atuk. Nanti datang rumah Aus lagi ye.. Seronok la main dengan Atuk.

No comments:

Post a Comment