Monday, February 1, 2010

DEKORASI BILIK AUS

PELEKAT DINDING

Hai kawan2! Ha...inilah gambar terbaru untuk bilik saya. Mama telah menghiasnya dengan 'wall sticker' untuk menceriakan bilik saya yang mempunyai perabot dan warna cat yang cerah.

Dengan gambar2 yang dilekatkan, saya dapat belajar dan mengenal objek2 tersebut. Warna2 yang ceria membangkitkan semangat saya untuk belajar, bermain dan cintakan seni.

Kawan2 jangan risau kerana pelekat dinding ini tidak akan merosakkan dinding jika kita mahu membukanya semula. Selagi gamnya masih ada, kita boleh lekatkan di mana2 yang kita suka.

Berapa agaknya harga bagi pelekat dinding ini? Ha...baru RM6.00 semuanya. 1 set berharga RM2.00 dan Mama telah membeli 3 set untuk menghias bilik ini. Murah kan? Apalagi... jom cuba!

























Ada juga yang dilekatkan di meja solek. Ianya cukup menceriakan. Saya amat sukakannya.



Oleh kerana ada pelekat yang berlebihan, Mama telah melekatkannya di luar bilik saya. Ha... memang cantik dan murah.

No comments:

Post a Comment