skip to main |
skip to sidebar
Ha.. ini iklan pampers ke... iklan topi?? Pampers belum sempat dipakaikan, mata saya sudah terpukau dengan cerita yang disiarkan di kaca TV.Tapi yang seksinya saya, walaupun belum ber'pampers', saya sudah pun bertopi. Saya seorang yang bergaya. Hehehe...
Bestnya tidur ini. Nanti kejaplah.Susahnya nak buka mata ini. Yeahhh...Itulah saya setiap pagi. Babah selalu memanggil nama saya dahulu untuk kejutkan saya dari tidur. Tapi saya memang liat untuk bangun. Rasa empuk tilam baru di katil 'pull out' menambahkan lagi kenikmatan tidur saya. Tidak berbaju pula memang menjadi kebiasaaan. Saya memang tidak suka berbaju...
Ha..inilah buku2 saya. Saya amat suka melihat dan mengenal gambar2 dalam buku tersebut. Sebenarnya ada banyak lagi tapi saya sudah koyakkan kerana nipis. Kerana itu Mama belikan buku yang keras.
Babah saya masih menyimpan helikopter yang dibelinya dari Hong Kong. Dia membelinya sewaktu Mama mengandungkan saya. Saya amat berminat dengan 'heli' tersebut tetapi Babah tidak pernah turunkannya dari atas almari saya.
Oleh kerana saya sudah mendesak, akhirnya Babah tidak sampai hati melihat saya menangis dan memberikan saya 'remote control' untuk 'heli' itu.Haa.. baru2 ini saya sudah patahkan kabel besi 'remote control' itu. Saya harap Babah tak marah... Aus yakin Babah boleh betulkan, kan kan kan? Maafkan saya Babah..
Kereta pertama saya yang dibeli Mama masih menjadi tunggangan saya walaupun saya sudah berusia lebih 2 tahun dan mempunyai 3-cycle yang baru. Saya masih simpan ia dengan elok dan bermain cermat. Cuma kadang2 saya rasa sedih kerana ada abang atau kakak besar yang naik kedua2 kereta saya sedangkan umur mereka sudah tidak layak untuk menaikinya. Kesian lah saya.
Mama dan Babah mengajak saya pergi ke Toys R Us di Subang Parade. Saya mula rambang mata melihat pelbagai jenis permainan yang dijual di sana.Pada mulanya, mereka mahu belikan saya Ball Shooter untuk melatih saya menjaringkan bola. Harganya juga lebih murah daripada pilihan kedua, gelungsur. Akhirnya, mereka membelikan saya gelungsur yang selama ini menjadi idaman saya kerana saya boleh jadikan rumah sebagai 'outdoor activities' atau 'playground' dalaman.
Hadiah 'birthday' ke-2 saya ialah kereta mini besi. Saya yang memilih sendiri kereta bersaiz kecil itu. Mama dan Babah pilihkan kereta besi berlampu yang besar berharga lebih RM70 tapi saya anak yang baik dan tidak suka membazir. Kerana itu saya memilih yang berharga RM10 je..Sebenarnya ianya mudah untuk dibawa ke mana2. Hehehe

Ha.. saya boleh nampak barang yang tersorok di atas rak buku saya. Walupun ianya tinggi, saya tetap boleh nampak dari bawah dan selalu meminta Mama untuk ambilkan. Babah kedekut lah.. kenapa tak mahu turunkan? Saya nak tengok juga.Selalunya Mama akan dukung saya untuk melihat ke atas rak. Mmm..bilalah dapat tengok sepuasnya?
Ini pula koleksi robot yang Babah belum bukakan lagi untuk saya. Ianya bukan untuk bermain tetapi sekadar pameran di bilik saya agaknya. Saya tidak sabar untuk melihatnya. Kenapa Babah masih simpan lagi robot ini? Mungkin bimbang saya rosakkan...huhuhu
Toys saya yang selalu menjadi mainan saya. Ianya disusun di atas meja solek bilik saya sendiri. Lihat Abu The Lion dan Monkey yang bersidai di tepi Player, itu antara kenangan sewaktu saya pergi ke Safari A'Famosa Resort, Melaka. Itik yang berwarna kuning itu pula dibelikan oleh Nenek sewaktu saya berumur kurang setahun.Beg Garfiled, Sponge Bob dan Bear tidak lagi digunakan kerana saya sudah ada beg yang baru.
Saya suka bermain buaian di rumah Nenek. Lagipun saya tiada buaian se
ndiri di rumah. Selain itu, seat burung di situ selalu menjadi mainan saya. Saya sukakannya..
Sekarang saya sudah semakin besar.
Oleh kerana topi yang saya pakai semakin sendat, saya akan memakainya dengan agak terbelakang sikit. Jambul rambut pun kadang2 kelihatan terjurai. Saya selesa dengan topi tersebut sehingga sukar untuk Mama dan Babah mencari gantinya. Biasanya topi yang lembut adalah untuk perempuan.
Eh eh..nampaklah kaki saya yang banyak bintang itu.. Lupa lah nak cover...Sepatutnya saya perlu memakai seluar panjang kalau mahu bergambar.